PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


widget

Wednesday 8 April 2015

DEFINISI DAN KEPENTINGAN REFLEKSI

Pengertian refleksi sangat luas mengikut bidang tertentu. Refleksi dapat diertikan sebagai gambaran atau bayangan sesuatu hal dan keadaan. Manakala, jika disebut pengertian refleksi dari sudut keguruan dapat didefinisikan sebagai gambaran atau bayangan bagi menceritakan semula perkara yang terjadi atau dilalui sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Refleksi juga dapat ditakrifkan sebagai proses untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikir atau dialami, menganalisis serta menilai kesannya, memikirkan cara bagi memperbaiki dan merancang dengan cara pengubahhsuaian agar proses PdP pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menarik. Pengertian ini turut disokong oleh Reid (1993), apabila beliau menyatakan bahawa refleksi adalah suatu proses aktif dan bukan pasif. Menurut beliau lagi, “Reflection is a process of experience of paractice in order to describe, analyse, evaluate and so inform learning abaout practice.” Oleh hal yang demikian, refleksi membolehkan pengamal mentafsir, memahami dan belajar daripada pengalaman yang lalu untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap.
Kepentingan kepada guru sebagai pengamal refleksi antaranya ialah dapat memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pengajaran mereka dengan lebih efektif bagi mendapatkan hasil yang mantap dan berkesan.

          Selain itu, kepentingan refleksi juga dapat membantu guru untuk sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia. Hal ini demikian kerana guru akan melakukan persediaan pengajaran dengan lebih awal, merancang langkah-langkah pengajaran dengan lebih teratur untuk memastikan objektif PdP tercapai. Dengan merancang persediaan yang rapi ini, guru akan dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran pada masa yang telah ditetapkan dengan kadar yang maksima.

No comments:

Post a Comment