PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


widget

Wednesday 8 April 2015

BINGKISAN HARIANKU

Pengalaman menjadi seorang guru pelatih di sekolah banyak memberikan saya seribu satu kenangan dalam kotak fikiran dan lubuk hati saya yang paling dalam. Tiada kata yang dapat diungkapkan, tiada bicara yang dapat diluahkan. Semuanya terpahat utuh di sanubari ini untuk diabadikan dalam kamus kehidupan seorang insan biasa seperti saya dalam mengejar impian dan cita-cita. Walau beribu halangan yang kutempuh, namun semua itu berjaya kuharungi dengan tabah dan sabar dalam musafir diri ini untuk menimba ilmu yang bermanfaat.
          SMK Buntong, itulah satu-satunya pilihan sekolah yang tinggal untuk diisi oleh saya dan rakan praktikum saya. Dalam keadaan terpaksa memilih, pilihlah pilihan yang terbaik kerana semuanya adalah ketentuan Ilahi. Saya yakin pilihan yang tinggal itu adalah yang terbaik buat diri saya dalam menimba pengalaman hidup. Saya juga yakin, di sebalik semua yang berlaku ada terselindung hikmah Allah yang baik buat hamba-Nya.
          Memulakan langkah awal dengan mencari maklumat berkenaan sekolah. Ternyata maklumat yang diperolehi pada peringkat awal sangat mengejutkan diri saya kerana majoriti pelajar di sekolah berkenaan adalah kaum Cina dan India. Situasi ini tidak mematahkan semangat saya, sebaliknya saya hadapinya dengan hati yang terbuka.
          Hari pertama mendaftarkan diri sebagai Guru Pelatih di SMK Buntong memberikan saya satu cabaran yang besar dalam usaha untuk mendidik anak bangsa. Lebih perit lagi, dalam usaha untuk mendidik anak bangsa yang tidak tahu berbahasa Melayu dengan betul, sedangkan hakikatnya saya diamanahkan untuk mengajar bahasa Melayu, iaitu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Negara. Saya tekadkan niat akan berusaha sehabis mungkin Dallam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada saya ini.
          Ternyata menjadi guru bukanlah satu tugas yang mudah. Berpeluang untuk mendalami dan merasai kehidupan seorang guru betul-betul mengentalkan jiwa kecilku. Diberi amanah untuk mengajar di sesi petang diterima seadanya kerana sekolah tersebut kekurangan guru bbahasa Melayu pada sesi petang. Kedatangan kami disambut dengan baik untuk membantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar bukan Melayu di sekolah berkenaan.
          Hari-hari yang dilalui sebagai Guru Pelatih banyak memberi pengajaran yang berguna kepada saya dalam mendepani masa depan yang belum diketahui nasibnya. Pelbagai ceritera, suka dan duka, tangis dan rajuk, gelak ketawa yang mencuit hati daan seumpamanya diraih olehku sepanjang berkelana di bumi Ipoh.
Sokongan yang diberikan oleh bonda tersayang tidak mematahkan semangatku untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan ini. Guru-guru di sekolah berkenaan juga banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan buat insan ini dalam mendepani hari-hari yang bakal berlalu. Buat rakan praktikum saya, Siti Mariam Ismail yang banyak menyaksikan air mata dan luahan hati ini, terima kasih kerana selalu ada saat diri ini memerlukan bahu untuk bersandar. Kepada rakan serumah juga, Nor Diyana Marican dan Nurul Safiza Roslan yang selalu melontorkan kata-kata semangat buat diri ini saat diperlukan. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang selalu ada tika jauh dan dekat, tika susah dan senang… Maizah Mohamd Noor, Mas Syahirah Mohamad Akhir, Nor Hamizah Shafie, Norazizah Jusoh dan lain-lain kerana selalu menjadi pelangi buat diri ini. Kkehadiran kalian memberi keindahan dan keceriaan dalam diari hidup ini.

Tidak ketinggalan kepada mereka yang pernah menjadi anak murid saya. Kehadiran kalian banyak memberi nostalgia dalam diri cikgu. Kehadiran kalian juga memberi peluang kepaada cikgu untuk memegang panggilan ‘Cikgu’ biarpun hanya 4 bulan, namun tempoh tersebut cukup untuk memberikan cikgu suatu pengalaman yang sangat manis dan indah. Segala kekurangan cikgu dalam mendidik kamu semua, cikgu dahului dengan kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semoga kalian menjadi insan yang berjaya suatu masa nanti. Doa cikgu sentiasa mengiringi kamu. Cikgu halalkan segala ilmu yang pernah cikgu curahkan kepada kalian…

SEJARAH KAJIAN TINDAKAN

Konsep 'kajian tindakan' telah dipelopori oleh John Dewey di Amerika Syarikat pada tahun 1920an, tetapi tidak mendapat sambutan sehinggalah selepas perang dunia kedua. Pada tahun 1946, seorang ahli psikologi sosial, Kurt Lewin mula menggunakan pendekatan kajian tindakan dalam usaha menyelesaaikan masalah komuniti setempat. Perkembangan pelaksanaan penyelidikan tindakan dalam bidang pendidikan pula telah dipelopori oleh Steven Corey dari Kolej Guru, Universiti Columbia, Amerika Syarikat pada tahun 1953 apabila beliau menggunakan kajian tindakan sebagai pendekatan dalam projek penyelidikan guru-guru di sekolah. Kajian tindakan ketika itu telah didefinisikan sebagai proses penyelidikan amalan kendiri bagi menyelesaikan masalah dalaman guru.
Dalam tahun 1970an, kajian tindakan telah mendapat perhatian antarabangsa apabila Lawrence Stenhouse memperkenalkan konsep guru sebagai penyelidik, melalui dua projek penyelidikan iaitu (i) Humanities Curriculum Project (HCP) pada tahun 1975 dan (ii) Research as a Basic for Teaching pada tahun 1978 di Norwich, England. Seterusnya pada tahun 1976, John Elliot dan Clem Adelman dalam Ford Teaching Project telah memperkembangkan lagi konsep guru sebagai penyelidik apabila memperkenalkan pula pelaksanaan kajian tindakan dalam bilik darjah (classroom action research).

Di Australia, kajian tindakan digunakan sebagai pendekatan untuk membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pelopornya seperti Steven Kemmis menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan penyelidikan yang mampu mempertingkatkan profesionalisme guru (Kemmis & McTaggart,1988). Di Australia juga, Baird, Fensham, Gunstone, dan White (1989), melalui projek PEEL (Project for Enhancing Effective Learning) telah menjalankan kajian tindakan secara kolaboratif, di mana ahli akademik di pusat pengajian tinggi bekerjasama dengan guru secara berkumpulan bagi menjalankan kajian tindakan. Perkongsian antara konsultan luar dengan guru dilakukan atas andaian adalah sukar bagi guru melaksanakan peranan sebagai penyelidik di sekolah secara bersendirian. Di Malaysia pula, kajian tindakan mula diperkenalkan kepada guru melalui program PIER (Project Innovation, Excellence and Research) yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1993. Pihak kementerian pada masa itu telah berusaha untuk menggalakkan budaya menyelidik dalam kalangan guru sekolah (Arfah, 1993; Jamil,2002).

Sehingga kini, tempat kajian tindakan dalam pendidikan adalah sangat jelas. Selepas lima tahun semenjak Lewin memperkenalkan idea kajian tindakan, genre ini telah berkembang dan berubah. Kajian tindakan dilihat sebagai penyelidikan yang berfungsi sebagai satu pelengkap (complementry) dan boleh bergabung dengan kaedah inkuiri yang lain. Sebagai contoh Stenhouse (1975) menyatakan bahawa kajian tindakan dan idea guru sebagai penyelidik merupakan idea beliau memperkenalkan cara untuk memperbaiki pendidikan melalui pemberian kuasa kepada guru dengan melibatkan mereka dalam pembentukan kurikulum.

DEFINISI DAN KEPENTINGAN REFLEKSI

Pengertian refleksi sangat luas mengikut bidang tertentu. Refleksi dapat diertikan sebagai gambaran atau bayangan sesuatu hal dan keadaan. Manakala, jika disebut pengertian refleksi dari sudut keguruan dapat didefinisikan sebagai gambaran atau bayangan bagi menceritakan semula perkara yang terjadi atau dilalui sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Refleksi juga dapat ditakrifkan sebagai proses untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikir atau dialami, menganalisis serta menilai kesannya, memikirkan cara bagi memperbaiki dan merancang dengan cara pengubahhsuaian agar proses PdP pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menarik. Pengertian ini turut disokong oleh Reid (1993), apabila beliau menyatakan bahawa refleksi adalah suatu proses aktif dan bukan pasif. Menurut beliau lagi, “Reflection is a process of experience of paractice in order to describe, analyse, evaluate and so inform learning abaout practice.” Oleh hal yang demikian, refleksi membolehkan pengamal mentafsir, memahami dan belajar daripada pengalaman yang lalu untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap.
Kepentingan kepada guru sebagai pengamal refleksi antaranya ialah dapat memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki proses pengajaran mereka dengan lebih efektif bagi mendapatkan hasil yang mantap dan berkesan.

          Selain itu, kepentingan refleksi juga dapat membantu guru untuk sentiasa berada dalam keadaan yang bersedia. Hal ini demikian kerana guru akan melakukan persediaan pengajaran dengan lebih awal, merancang langkah-langkah pengajaran dengan lebih teratur untuk memastikan objektif PdP tercapai. Dengan merancang persediaan yang rapi ini, guru akan dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran pada masa yang telah ditetapkan dengan kadar yang maksima.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUNTONG



Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong atau nama ringkasnya SMK Buntong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Persiaran Rishah (S) 1/1B, Desa Rishah. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong memiliki 661 pelajar lelaki dan 537 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1198 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.
Pihak Jabatan Pelajaran (JPN) Perak melalui Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta telah menghantar En. John Devasagayam a/l Seeni sebagai care taker bagi membuka sekolah ini. Pihak PPD Kinta kemudiannya telah menghantar En. Wafasha Zili b. Mokhtar sebagai pembantu care taker. Sekolah ini telah dibuka pada Jun 2002. Sebelum dibuka pihak PPD telah melantik En. John Devasagayam a/l Seeni sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, En. Wafasha Zili b. Mokhtar sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sementara jawatan Penolong Kanan Kokurikulum diamanahkan kepada En. Balaraman a/l Thirumalai. Jumlah guru pula adalah seramai 16 orang manakala murid seramai 261 orang.
Pada tahun 2003, En. Lau Swee Mun telah dilantik sebagai Pengetua SMK Buntong. Beliau bertugas dengan penuh dedikasi dan berjaya melakukan pelbagai pembaharuan di sekolah ini. Pada tahun 2007 En. Lau Swee Mun dinaikkan pangkat dan bertukar ke SMK Jalan Pasir Putih. Tempat beliau diambil alih oleh Pn. Nalini a/p Achuthan Nair. Di bawah kepimpinan Pn. Nalini, SMK Buntong telah berjaya menunjukkan kemajuan ketara dalam bidang akademik sehingga mencapai rekod 23 orang pelajar mendapat semua A dalam PMR 2010 dan 4 orang semua A dalam SPM tahun yang sama.
Semasa kepimpinan Pn. Nalini, semua Penolong Kanan yang dianggap sebagai pengasas sekolah ini telah dinaikkan pangkat oleh JPN Perak. Penolong Kanan pertama yang bertukar dan dinaikkan pangkat adalah En. Wafasha Zili b. Mokhtar. Beliau dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Ulu Kinta pada Mac 2010 dan seterusnya sebagai Nazir Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia pada Jun 2010. En. John Devasagayam a/l Seeni telah bertukar ke SMK Tanjung Rambutan pada Jun 2010 juga sebagai Penolong Kanan Pentadbiran sementara En. Balaraman a/l Thirumalai telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan HEM di SMK Sungai Pari pada 1 Januari 2011.
Pn. Nalini a/p Achuthan Nair turut dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Kanan DG52 mulai 1 April 2011 dan ditukarkan ke SMK Perempuan Methodist. Tempat beliau diambil alih oleh En. Manoharan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran SMK Buntong sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Buntong yang baharu.

BAHAN BANTU MENGAJAR












SEJENAK BERSAMA KALIAN DI SMK BUNTONG













JAMUAN PERPISAHAN DAN AKHIR TAHUN SMK BUNTONG